Bismillah... 'b
Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan seperti kulit kusam, jerawat, jeragat, sakit gigi, bengkak gusi, tonsil, resdung, tiroid, kencing manis (diabetes), darah tinggi/rendah, angin ahmar (stroke), tangan terketar² (parkinson), kencing tak lawas, pundi kencing lemah, kencing berdarah, angin pasang, darah berasid (gout), masalah berat badan, dagu berlapis, keguguran rambut, sukar hamil, kerap keguguran (rahim tak kuat), lelah (asthma), migraine, kebas² tangan & kaki, sakit sendi (athritis), cyst payudara, prestasi seksual menurun, mati pucuk, katarak, kitaran haid tak teratur, menopause, kemurungan, ketidak-seimbangan hormon atau ingin berhenti merokok & lain² lagi masalah kesihatan anda, keluarga, saudara-mara, jiran², kenalan anda atau siapa jua, teruskan membaca blog ini kerana di sini mungkin anda akan bertemu dengan penawarnya, insya'Allah (atas izin Allah jua).

Wednesday, May 4, 2011

SELAMAT DATANG KE Uptrend2u™


Perutusan daripada Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah

Kita sudah menghampiri tahun ketujuh bersama-sama, dan beberapa matlamat telah kita capai, namun, perjalanan kita masih jauh lagi, dan pelbagai dugaan baru harus kita tempuh bersama.

Bermula dari tahun 2008, krisis kredit global dan pergolakan dalam pasaran telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua sektor ekonomi dan industri. Ini membuatkan kita lebih peka dan prihatin terhadap bagaimana untuk menguruskan perniagaan masing-masing, dan apa yang perlu kita perbaiki untuk menjana kejayaan pada masa terdekat ini.

Fokus yang dipersungguhkan dalam aspek pengurusan terbaik adalah penting kepada perniagaan kita. Kita juga perlu tahu bahawa Uptrend2u™ adalah sebuah syarikat yang mempunyai komitmen tinggi terhadap kecemerlangan dan tanggungjawab sosial. Dengan menggabungkan tenaga, kita boleh memantapkan perniagaan yang dibina atas dasar nilai yang dikongsi bersama.

Kita turut maklum bahawa industri kita pada hari ini lebih diketahui ramai daripada yang sebelumnya. Salah satu cabaran terhebat adalah untuk mempertahankan perniagaan kita. Uptrend2u™ terus melabur untuk teknologi terkini, mengeluarkan produk baru dan melibatkan syarikat secara aktif di dalam strategi pasaran baru. Ini semua dilakukan agar matlamat kita akan dicapai.

Masih ada beberapa perkara yang harus kita perbaiki, dan ini akan dilakukan secara berperingkat dan memerlukan penglibatan anda semua. Di dalam konteks yang sama, saya meminta agar anda terus sabar dan percaya bahawa apa yang perlu diperbaiki akan direalisasikan. Dengan izin tuhan kita berpeluang untuk lebih maju lagi.

Saya juga ingin memberi sedikit pesanan kepada semua: - Setiap individu yang berjaya mempunyai impian yang besar. Mereka mengimpikan masa depan yang cerah, unggul dalam segala aspek, dan kemudian mereka akan bekerja untuk mencapai impian ini.

Terima kasih dan sentiasa ingat bahawa mereka yang mempunyai kemampuan untuk terus mendapatkan pengetahuan lebih yang boleh digunakan untuk perniagaan dan kehidupan, adalah mereka yang mampu mengegarkan dunia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms